1.Seorang polis,
satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai
satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang
peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang
paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih
cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai Genting
Sempah(Petronas).
2.Menurut cerita ramai
juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak
balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu
malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak
tahan menanggung seram!
3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke Bentong
lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan
tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi
tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir
sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan
hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira
duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana
perginya duit tadi?..
4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden
(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang
ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden
sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
5.Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di
Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan
Lama Bentong- Gombak disyaki accident di salah satu gaung. Si isterinya
berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya
malangnya tak berjumpa.
Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai
kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di
dalam. So dalam lebih kurang seratus meter dari kereta tue, mereka
terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung
daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi, dan jika dikatakan
mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang
semuanya lengkap.Petikan dari filem Karak
Tentang hantu yang makan orang ni pula
berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia
“temperature”naik. Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu
suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya
keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap
“jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri
ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas
bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!
#copy and paste


No comments:
Post a Comment